Saturday, October 8, 2011

Yana menangis teresak-esak di dalam bilik air.Hatinya rasa bagai dipukul dengan kata-kata Izumi. Sanggup Izumi berkata begitu padanya.

" Sampai hati kau buat aku begini , kau lukakan hati aku ! " jerit Yana sambil menangis teresak-esak.

'Izumi ! Sanggup kau cakap macam tu depan Lin , kau memang suka malukan aku kan ? Kau halau aku...kau tau tak aku sukakan kau ! aku minat kau sejak hari pertama kau masuk UiTM ni. Selama ni aku berusaha untuk merapatkan diri aku dengan kau tetapi kau tak pernah layan aku. Kau mula menjadi kawan aku pun setelah kau tahu aku kawan dengan Lin. Sanggup kau buat aku macam ni , hina sangat kah aku ? aku tak cukup lawa ka untuk kau ? aku cintakan kau Izumi ' Yana menangis sekuat hatinya. Dia menumbuk dadanya sambil berkata " bodoh " sebanyak yang mungkin. Perih di hatinya tidak terungkap dengan kata-kata.

Yana keluar daripada bilik air dengan sedihnya. Matanya bengkak akibat kerap menangis.

Aku yang mula perasan dengan mata Yana terus ditegur.

" Weh, kau okay tak ni ? kenapa dengan mata kau ? kau menangis ek ? " soalan bertalu-talu oleh Lin.

Tak pernah lagi aku tengok dia macam ni. Ini mesti ada masalah ni. Aku kena check it out secepat mungkin.

" Kau ada masalah ka ? kau cakap la dengan aku , jangan la diam macam ni. Risau aku tengok kau. Kau cakap dengan aku apa masalah kau , mungkin aku boleh tolong ? " sambung Lin setelah melihat Yana yang diam tidak menjawab soalannya.

" Tak ada apa lah , aku penat. Aku nak tidur kejap " Yana terus merebahkan tubuh badannya ke atas katil. Yana tidur bersama airmata yang mengalir.

Sejak kebelakangan ini , aku tengok Yana diam aje dan mata dia mesti bengkak selepas kita orang hangout. Aku rasa dia minat Izumi la tapi...dia tak pernah cakap pun dengan aku yang dia minat Izumi. Eh apa la aku ni , kalau orang melepaskan hajat besar tengah jalan pun mana la diorang nak mengaku.
Kenapa Yana menangis ek ? Ini mesti kes tadi. Argh! tak boleh jadi, mana mungkin aku akan membiarkan Yana macam ini aje. Aku kena jugak cakap dengan Izumi !

Lin terus menghantar pesanan ringkas kepada Izumi.

Assalamualaikum, Izumi. Boleh tak kita jumpa sekarang ?

Izumi terus membaca pesanan ringkas selepas melihat nama yang tertera itu adalah Lin. 'Tak silap aku baru saja kita jumpa , tak kan dah rindu kut ? he he he. Ajak jumpa pulak tu, sukanya aku ! ' omel keriangan oleh Izumi. Izumi terus membalas pesanan ringkas tersebut.

W'salam. Eh , bukan baru jumpa ke tadi ? Kau rindu aku ke sampai ajak jumpa dua kali ni ? He he he. Mestilah boleh sayang. Dekat mana ?

Lin yang membaca pesanan ringkas Izumi terus melakukan gaya seperti sedang muntah. Geli agaknya dengan panggilan 'sayang' oleh Izumi.
Aku sekeh jugak Izumi ni kang. Ada ka patut dia panggil aku sayang ? memang tak sayang mulut sungguh Izumi ni. Geram aku.
Mereka berdua saling membalas pesanan ringkas.

Kau memang tak sayang mulut ke ? siapa ' sayang ' kau ha ? Cili mulut kang. Aku nak jumpa kau sekarang dekat cafeteria. Datang sekarang ! lagi 5 minit aku sampai.

Aku tak kisah kalau kau cilikan mulut aku, asalkan kau kasi aku panggil kau sayang. He he he. Okay sekejap lagi aku sampai. Sayang tunggu abang tau.

Izumi ni memang nak tempah kubur awal kut ? Hisy, geramnya aku ! tak teringin aku nak panggil kau ' abang ' dan aku tak teringin nak jadi ' sayang ' kau !

Kau memang nak mampus awal ek ? Aku tak teringin nak panggil kau ' abang ' dan tak teringin nak jadi ' sayang ' kau. Jaga mulut tu sikit okay ? Kang aku sepak kau tiga rasa baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah! STOP MENGARUT ! Okay jumpa sekejap lagi. Chow , Assalamualaikum.

Okay sayang. Eh eh tertype la he he he. W'slm.

Izumi sudah ketawa terbahak-bahak setelah menghantar pesanan ringkas tersebut.

Meluatnya aku dengan Izumi ni ! Kan aku dah cakap jangan panggil aku ' sayang '. Menyampah betul! Kang bukan setakat cili aku cilikan dia , dengan lada hitam campur mentega aku sapukan ! Geram betul!



No comments: