' Aku akan buat kau terima padahnya ! ' Lin membesarkan biji matanya dengan pandangan sinis sambil mengepal tumbukan.
' Eh minah ni apehal asyik kepal kepal tangan mcm nak tumbuk aje ? jangan-jangan dia nak belasah aku sebab aku malukan dia ? Eh kisah apa aku , dia pun bagi aku malu tadi ' sedikit risau muka Farriel melihat Lin yang serupa dengan singa yang kelaparan.
" Woi , terima kasih ek teman aku " kata Farriel dengan muka yang agak cuak melihat Lin yang masih dengan perwatakannya.
" Tau pula nak ucap terima kasih , ingatkan dah tak tahu nak kata terima kasih. Ha ini bukan masanya untuk aku buat baik dengan kau ! Woi hang mai sini sat , aku nak belasah hang cukup-cukup biaq hang serik " bulat mata Lin memarahi Farriel sambil mengeluarkan bahasa utara.
Kau buat aku malu depan doktor tadi , sekarang ni kau tunggu la aku nak cabut nyawa kau ! Ha ha ha. Eh lupa , aku bukan malaikat , kalau macam tu kau tunggu la aku nak belasah kau sampai lembik !
" Eh , kau nak buat apa kat aku ? " soal Farriel. Muka Farriel pucat akibat takut.
Tahu pun cuak tengok aku , tu la berani sangat cari pasal dengan aku , sekarang kau rasakan penumbuk tiga rasa aku !
Lin memberikan tumbukan sekuat hatinya tepat ke arah muka Farriel.Akhirnya mata Farriel lebam akibat tumbukan oleh Lin.
" Puas hati aku ! lain kali jangan cari pasal dengan aku ! Goodbye jebon ! " Lin melambaikan tangan dengan muka ceria selepas memberikan tumbukan kepada Farriel.
" Woi ! kurang ajar punya perempuan ! kau datang sini balik, kalau tak aku saman kau sebab pukul aku. Kalau kau tak datang sini balik aku telefon polis ! " jerkah Farriel sambil memegang matanya yang lebam.
Polis ? Alamak ! jebon ni memang pandai betul ugut aku. Kurang asam betul , kang aku sumbat asam jawa dalam mulut dia baru tahu langit tinggi ka rendah.
Lin berpatah balik ke arah Farriel.
Entah-entah dia nak pukul aku ? Tak apa , beranikan diri ! " Haa apa kau nak ? nak rasa tumbukan kali kedua ka ? " Aku tanya dengan selamba sambil berpeluk tubuh.
" Tak , aku tak sezalim kau. Aku cuma nak tahu nama kau apa ? " balas Farriel yang masih menahan kesakitan akibat tumbukan Lin.
Eh , biar betul jebon ni ? tiba-tiba aje baik ni. Aku ingatkan dia nak marah aku sebab tumbuk dia. Rupanya dia nak tanya nama aku , tapi kalau dia nak tanya pun , jangan harap aku nak kasi tahu nama aku , entah-entah dia nak bomohkan aku yang comel ni tak ?
" Untuk apa kau nak nama aku ? nak bomohkan aku ke ? " Tanya Lin.
Farriel yang sudah tidak tahan dengan soalan Lin terus melepaskan tawaan yang begitu kuat.
" Ha ha ha , kenapa pulak aku nak bomohkan kau ? bomohkan kau supaya jadi isteri aku ke ? kau jangan risau , aku pun tak hingin nak ambil kau jadi isteri aku , jadi kuli aku maybe la " Farriel menjawab dengan selamba dan bersiul di akhir kata. Farriel memang suka menghina orang. Perwatakan dia itu menyebabkan orang kurang senang untuk berbual dengannya.
"Kau pernah makan parang tak ? kau teringin tak nak makan parang ? Kau jangan hina aku boleh ? kang aku tumbuk kau lagi baru kau tahu ! Kau jangan ingat aku ni low class kau boleh hina aku sesuka hati kau. Kau kena ingat , kaya tu bukan dari segi wang kau yang belambak tu tapi dari segi jiwa , kaya bermaksud kaya jiwa dan bukan kaya wang ! buat masa kini memang kau kaya tetapi kalau nanti kau jatuh miskin , kau suka kalau orang menghina kau ? mulai sekarang aku nak kau hormat orang lain sebab kita ni sama aje di sisi Allah , kau ingat tu , tak apa untuk kali ni aku maafkan kau , tapi kalau aku dengar kau hina aku lagi , memang kau tempah kubur la! " panjang lebar Lin memberi syarahan kepada Farriel dengan suara yang tinggi tapi tenang.
' Kenapa dia ni lain daripada yang lain ? kenapa dia langsung tak terpikat dengan aku ? aku ni handsome ape..Kenapa aku ingin berubah selepas mendengar ceramah dia ni ? padahal aku tak kenal dia pun. Aku akan buat kau terpikat dengan aku ' bisik hati Farriel.
" Baiklah ustazah , aku minta maaf " Farriel berkata dengan mengukirnya senyuman yang manis.
Tak pernah lagi aku tengok dia senyum macam ni , alahai kenapa comel sangat muka kau ? Sedar Lin , sedar Lin ! kenapa aku rasa berdebar ni ? mungkin sebab muka dia yang handsome ni kut ? he he
" Ya la , eh nanti , nama kau apa ? " tanya Lin.
" Aku tanya kau , bukannya kau nak jawab malah kau tanya aku balik , apa kata kalau kau beritahu aku dulu nama kau apa ? " soal Farriel dengan senyumannya.
" Tak nak ! kau kasi tahu dulu " Lin memuncungkan mulutnya.
" Aku pun tak nak ! " balas Farriel. Farriel meniru gaya Lin dengan memuncungkan mulutnya.
Ish! aku muncung mulut pun dia nak tiru ke ? kang aku kiss kau baru kau tahu.
" Tak nak sudah , okay la aku nak chow dulu. Assalamualaikum " Lin terus beredar.
" Eh ! tunggu ! boleh aku jumpa kau lagi ? " Farriel bertanya.
" Kalau ada jodoh , kita jumpa la ek " Lin mengenyitkan matanya lalu beredar.
Farriel tersenyum sendiri.
" Eh! sepatutnya aku minta nombor telefon dia , alahh macam mana nak jumpa lagi kalau nombor telefon pun tak ada apatah lagi nama dia pun aku tak tahu. Tak apa lah , bak katanya , kalau ada jodoh kita pasti bertemu " Farriel senyum lalu pergi ke tempat parkir keretanya dan pulang ke rumah.
No comments:
Post a Comment