Aku melabuhkan punggungku di atas katil asrama. Macam mana aku nak balik kampung ni ? Tiket sold out la pulak, hmm...nasib aku hari ni memang malang.
Kenapa jebon tu tak marah aku ek ? padahal aku dah tumbuk dia tadi. Kalau melihat dari segi pakaiannya memang macam orang kaya. Ala-ala pelakon korea pulak tu , dah la rambut dia macam Lee Min Hoo yang berlakon City Hunter tu, kalau tak tahu korang search la ek dalam Google, he he he. Pelakon kegemaran aku tu, he he he. Smart giler mamat tu dengan baju berlengan panjang warna biru lembut dan seluar straight cut warna hitam. Fulamak! cair tengok dia tadi.
Tapi sayangnya rupa ada tapi akhlak tak ada. Menyampah betul aku dengan dia tadi sewaktu dalam klinik tu , kalau boleh belasah time tu memang aku belasah tak sudah !
Yana yang perasan aku sedang termenung terus sergah aku.
" Woi! kau termenung apa tu ? " sergah Yana.
" Terkejut aku ! kau ni kan Yana...kau rasa aku termenung apa ? " soal aku.
"Termenung Izumi ke ? " tanya Yana dengan suara mendatar diikuti senyuman yang hambar.
Tak habis-habis dengan Izumi , nama lain tak ada ka yang Yana ni nak sebut ? Pelik betul aku dengan dia ni. Minat dekat Izumi la kut.
"Jauh panggang daripada api. Kau ni asyik sebut nama Izumi aje apa kes ? Jangan-jangan kau minat dia ek ? Baik kau terus-terang dengan aku " Aku mengangkat kening dengan penuh tanda tanya.
" Hisy , apa la yang kau mengarut ni , tak la , aku tak minat pun dekat dia , aku tanya kau aje kut kut kau termenungkan dia. Ha ni kau dah beli tiket ke ? " cepat-cepat Yana menukar topik.
Air muka Lin terus berubah dengan pertanyaan mengenai tiket bas tersebut.
"Hmm...tiket habis la Yana , nah duit kau. Minggu ni aku tak balik lagi la kampung nampak gayanya " sedih suara Lin sambil menghulurkan wang yang diberi oleh Yana tempoh hari.
"Eh , kau ambil aje la duit ni , aku ikhlas bagi kau. " senyum Yana sambil menolak kembali wang tersebut dengan lembut.
"Tapi..."belum sempat Lin berkata Yana mengeluarkan bahasa isyarat iaitu tanda senyap.
"Hmm okay. Thanks Yana, aku sayang kau " senyum Lin kemudia memeluk Yana.
Baiknya kawan aku ni. Sejak kali pertama aku masuk kuliah , kau la orang pertama tegur aku. Aku kan miskin , mana ada siapa yang nak kawan dengan aku kecuali kau dan Izumi.
Aku ingat lagi waktu rehat. Ada orang hina aku depan semua orang , selepas tu kau la yang tolong aku. Kelakar juga aku tengok muka diorang selepas kau baling pancake tepat pada sasaran. Meraung perempuan tu sebab baju dia habis kotor kau buat. Aku memang sayang giler la kat kau.
Aku seperti biasa lepak dengan Yana dan Izumi dekat bawah pokok di kampus.
" Weh , kau tak balik kampung ke minggu ni ? Aku minggu ni ingat nak balik la " tanya Izumi kepada Lin.
" Hmm , tiket habis. Minggu ni aku tak balik " Riak muka aku terus berubah jadi mendung.
" Tiket habis ? Kau balik dengan aku ek ? Nak tak ? " Ceria soalan Izumi.
Balik dengan Izumi ? Hmm..memandangkan aku rindu sangat dekat mak dengan adik , apa salahnya kalau aku tumpang dia ? Lagipun kampung dia dekat aje dengan aku.
Baru kali ni dia nak balik kampung ? Kalau dulu dia balik kampung selalu kan aku boleh tumpang dia. Tumpang aje la kali ni.
" Baru kali ni kau nak balik kampung ? kenapa tak dari dulu aje kau balik kampung ? kan boleh jimat duit aku. Ha ha ha. Okay aje nak balik dengan kau " jawab Lin.
Yana yang berada di situ hanya diam seribu bahasa. Dia tak mampu untuk berkata apa-apa cuma di hatinya rasa bagai tersiat kulit melihat kemesraan mereka.
" Eh korang , aku ada kerja sikit , aku chow dulu " Yana terus beredar. Sakit di hatinya melihat mereka berdua yang bermesra.
" Eh cepatnya , tunggu la dulu , nanti kau buat la kerja kau tu " Aku segera mencapai tangan Yana.
" Lin , kau ni kan , orang dah ada kerja kau biar aje la ,jangan dihalang-halang. Nanti kerja dia bertimbun kau nak tolong buatkan ke ? Yana , kau balik aje dulu , kau buat la kerja kau okay ? " Izumi berkata tanpa menghiraukan perasaan Yana.
" Aku balik dulu " Yana terus berlari sambil menitiskan airmata. Mujur Lin dan Izumi tak perasan.
No comments:
Post a Comment