Sunday, October 9, 2011

Izumi ke tu yang melambai-lambai tangan dekat aku ? Macam pondan la pulak sekali tengok. Ha ha ha.
Aku ingatkan aku yang sampai dulu , rupanya Izumi ni lagi cepat daripada yang aku sangka kan. Cepat sungguh dia datang , bagai kilat yang menyambar.
Aku menghampiri Izumi lalu aku menarik kolar baju Izumi dengan kasar.

" Woi ! aku nak kau minta maaf dekat Yana sekarang ni jugak ! " marah Lin.

" Eh , apehal pulak ? aku buat apa dekat Yana sampai kau suruh aku minta maaf ni ? Bertenang weh , orang tengok tu , kau tak malu ke ? duduk la dulu apa pun. " Izumi cuba menenangkan keadaan.

" Argh! kau nak suruh aku duduk sementara kawan aku tu menangis tak henti-henti sebab kau ? Pergi mampus la weh, lain kali tu kau jaga sikit mulut kau tu , kang aku cili baru kau tahu ! Kau tahu tak dia kecil hati dengan kau ? sekarang kau expect aku nak duduk sini ? nak buat apa ? borak-borak dengan kau ? macam tu ? Aku nak jumpa kau sebab ini aje. Dah aku nak balik dulu. Aku tak kira kau kena minta maaf jugak dengan Yana. Chow , Assalamualaikum " Lin melepaskan genggaman tangannya di kolar baju Izumi lalu beredar tanpa menoleh.

Izumi terduduk akibat terkejut dengan tindakan Lin.

'Kau memang nak mampus Yana ! disebabkan kau, aku dengan Lin boleh bergaduh ! Minta maaf dengan kau ? sampai mati pun aku tak akan minta maaf dengan kau ! kau la penyebab semua ni berlaku ! Aku benci kau Yana ! ' getus hati Izumi. Muka Izumi merah menahan kemarahan lalu beredar daripada cafeteria.

" Yana , aku keluar dulu ek ? aku ada hal sikit , nak beli hadiah untuk mak aku sebelum aku balik kampung. Kau nak ikut tak ? " lembut suara Lin bertanya.

" Kau pergi la , aku tak nak ikut. Aku nak rehat " Yana membalas dengan lembut disertakan senyuman.

Eh , macam mana aku nak balik kampung ? Aku kan baru aje marahkan Izumi, dia still nak tumpangkan aku ke ? Baik aku hantar pesanan ringkas dekat dia dulu.

Assalamualaikum, Izumi. Aku nak minta maaf sebab serang kau macam tu tadi , patutnya aku bawa berbincang dengan kau, bukannya serang kau depan orang ramai. Sorry k ? Tapi aku tetap nak kau minta maaf dengan Yana , demi aku, kau boleh kan minta maaf dekat Yana ? Aku nak tanya sikit ni , boleh ?

Izumi membalas pesanan ringkas Lin.

W'slm. Aku maafkan kau, terkejut jugak aku dengan tindakan kau tadi. Baiklah , nanti aku minta maaf dengan Yana. Hmm.. apa yang kau nak tanya ?

Tentang balik kampung tu macam mana ? Ye la kau kan marahkan aku , mesti kau tanak tumpangkan aku balik kan ? Hmm.. kalau kau tak nak tak ape. Aku tak paksa kau.

Izumi senyum selepas membacanya. Hatinya lega selepas Lin meminta maaf dengannya.

Soal balik kampung tu kau jangan risau. Aku kan dah janji dengan kau ? Mestilah aku akan bawa kau balik kampung. Jangan risau k ?

Thanks weh ! Okay aku chow dulu. Assalamualaikum.

W'slm.

Lega aku , ingatkan dia dah tak nak tumpangkan aku. Aku rindukan mak dan adik...

" Minta maaf dengan kau ? Ha ha ha , jangan kau mimpi aku nak buat macam tu ! Sorry Lin , aku tak boleh minta maaf dengan betina tu ! disebabkan dia, kita bergaduh tadi " geram Izumi yang berseorangan di dalam biliknya.

Kemudian, Izumi menghantar pesanan ringkas kepada Yana.

Assalamualaikum, Yana. Aku nak jumpa kau sekarang.

Yana yang mendengar telefon bimbitnya berbunyi lalu dikecapi. Yana melihat nama yang tertera di skrin telefonnya itu adalah Izumi. Jerit keriangan oleh Yana. " Tak pernah pulak Izumi ni hantar pesanan ringkas dekat aku. He he he sukanya aku " Airmata yang membasahi pipi Yana kering dengan serta-mertanya apabila melihat pesanan ringkas tersebut.

W'slm, Izumi. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba nak jumpa aku ni kenapa ek ? Rindu ke ? he he he.

Izumi membuat muka menyampah setelah membaca pesanan ringkas oleh Yana.

" Rindu kan kau ? Ha ha ha. Aku bukan rindu kau la bodoh! aku benci kau ! " ketawa jahat oleh Izumi.

Aku nak jumpa kau sekarang dekat kedai makan yang kita selalu lepak dengan Lin tu. Aku nak jumpa kau aje , jangan bagi tahu Lin yang aku nak jumpa kau, okay ?

Tersenyum lebar Yana membacanya.

Boleh boleh ! Kejap lagi aku sampai , jangan risau, aku tak akan bagi tahu Lin. He he he. Jumpa kau sekejap lagi k ! Bye , Assalamualaikum.

W'slm.

Yana mencuba segala baju yang ada di dalam almarinya. Yang pasti dia ingin kelihatan cantik di mata Izumi. Pesanan ringkas oleh Izumi dibuka berkali-kali olehnya.

" Bahagianya aku rasa hari ni " Yana menitiskan airmata gembira. Tidak tahu bahawa airmata gembiranya bakal bertukar menjadi airmata kekecewaan.


No comments: