"Mama ! Farriel tak nak kahwin lagi la, Farriel nak enjoy dulu! " tinggi suara Farriel sambil berpeluk tubuh memandang mamanya.
"Farriel sayang, please demi papa kamu , tolong setuju dengan permintaan mama boleh ? " lembut suara Datin Aina memujuk anak tunggalnya.
"Tapi mama kan tahu yang Farriel dah ada girlfriend ? Boleh tak mama tolong fikir tentang perasaan Farriel ? Kalau Farriel kahwin, apa pulak kata Nia nanti ? " Farriel berkeras untuk tidak menuruti permintaan mama dan papanya.
"Tentang Nia mama boleh uruskan , nanti mama slowtalk dengan dia okay ? " Datin Aina melemparkan senyuman terhadap anaknya.
"Mama, kenapa mama mahu sangat Farriel kahwin dengan pilihan papa ? Mama dah tak sayangkan Farriel ke ? Kenapa mama buat Farriel macam ni ? " sayu suara Farriel bertanya.
" Hmm , mama ada perkara nak bincang dengan Farriel. Ini soal papa " sebak suara Datin Aina.
" Apa ? " tanya Farriel.
" Papa tak akan hidup lama " Belum sempat Datin Aina menyambung kata-katanya, Farriel mencelah.
" Maksud mama ? apa yang mama cakap ni ? mama nak tipu Farriel lagi ke supaya Farriel kahwin dengan pilihan papa ? itu ke maksud mama ? " soalan bertalu talu oleh Farriel walaupun hakikatnya Farriel sedikit terkejut dengan kata-kata mamanya.
' Apa yang mama aku cakap ni ? Ini mesti salah satu helah untuk aku cepat kahwin kan ? Argh ! aku tak akan termakan kata-kata mama tapi kalau apa yang mama cakap tu betul macam mana ? Farriel sayang papa ' sebak Farriel berkata di dalam hatinya.
Farriel merupakan anak kesayangan Datuk Fariz. Apa yang diinginkan oleh Farriel , pasti Datuk Fariz akan menuruti. Farriel amat menyayangi papanya sehingga sanggup mengambil alih tugas CEO di syarikat papanya walaupun hakikatnya Farriel tidak ingin untuk bekerja sebaliknya ingin menikmati hidup katanya.
"Papa sakit, papa sakit tenat Farriel, papa tak akan hidup lama kerana papa menghidapi barah otak " setitik demi setitik airmata yang mengalir hingga akhirnya mengalir tanpa henti.
Farriel tidak mempercayai kata mamanya.
"Mama tipu ! mama sengaja kan cakap macam tu supaya Farriel kahwin ? Raihan tak percaya ! " keras suara Raihan diikuti dengan airmata yang mengalir setitik demi setitik.
" Untuk apa mama tipu Farriel ? tak akan la mama sanggup tengok anak mama ni sedih dengan berkahwin secara paksaan ? Farriel kena kahwin jugak dengan Fazlin. Dia merupakan anak kepada arwah kawan papa. " jawab mama dengan suara yang sebak menahan sedih atas penyakit yang menimpa ke atas suaminya.
Datuk Fariz telah berjanji dengan sahabat karibnya untuk menikahkan anak lelakinya dengan anak perempuan Rosli iaitu sahabat karibnya ketika kecil. Rosli sempat menyatakan bahawa mereka hidup miskin dan tidak layak untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Datuk Fariz tetapi semua itu tidak dihiraukan oleh Datuk Fariz. Rosli tidak mempunyai sebab untuk menolak janji Datuk Fariz.
" Hmm , kalau macam tu terpaksa la Farriel terima " sayu sekali Farriel berkata. Dia terpaksa akur dengan permintaan papanya.
" Terima kasih Farriel " ucap Datin Aina dengan senyuman.
"Sama-sama mama , demi papa, Farriel sanggup ikut apa yang papa nak , apa nama perempuan yang bakal jadi isteri Farriel tu ma ? " soal Farriel.
" Nur Fazlin Liana Binti Rosli " senyum Datin Aina.
" Nia macam mana ? " suara sedikit risau memikirkan soal Nia kerana Nia amat mencintai Farriel tetapi sayangnya Nia hanya bertepuk sebelah tangan.
" Soal Nia biar mama uruskan okay ? Nia pasti akan faham " kata Datin Aina dengan yakin.
" Baiklah mama " Farriel hanya mengangguk dengan senyuman yang hambar.
No comments:
Post a Comment