Saturday, October 1, 2011

" Izumi , kau jantan kan ? jantan cabaretttee kan ? ha ha ha " Lin ketawa terbahak bahak ketika bertanya kepada Izumi.
" Kau pernah makan kasut aku tak ? pernah tak ? " geram Izumi.
" Ha ha ha , rilex la beb, aku gurau jeee " Lin membuat muka seposen.

' Comelnya Lin ni , geram aku tgk ' Izumi berkata di dalam hati.

" Apa gurau-gurau ? kau tau tak hati aku ni mcm cili kena bland aje hmm " rajuk Izumi

'Izumi ni buat merajuk pulak , cepuk kang budak ni. Bergurau macam tu pun nk ambil hati ke ? tau la hati dia macam rose pun , lembut semacam aje ha ha ha' omel Lin.

" Ala kau ni , macam budak la , sikit-sikit merajuk , tak handsome la weh kalau cengeng macam ni beb " pujuk Lin.
" He he he, okay aku jantan , kau macam nak tanya something je tadi " jawab Izumi
" Aku kan actually nak menabung beb , apa kata kalau kau tolong aku , tolong bayarkan bikini aku ni boleh ? nanti kalau aku guna duit aku sendiri , aku pokai la , tolong eh ? he he " kata Lin tanpa segan silu. Keakraban mereka membuatkan Lin lebih senang untuk berterus terang.

" Bikini kau pun aku kena bayar ek ? eh mak cik , aku bukan laki kau la nak bayar semua ni. Kalau kau nak aku bayarkan , kau lamar aku jadi husband kau dulu. Okay ? " Izumi ketawa kecil.

Mamat ni la , ada ka perempuan yang kena melamar dulu ? kang aku cepuk jugak mamat ni. Aku minta bayar aje pun, itu pun nak kedekut ke ? berapa sangat la harga bikini aku ni. Minta simpang la nak jadikan kau laki aku ye Izumi. Yana ni pulak menghilang ke mana la, kalau ada dia dah lama aku minta dia bayarkan, tak perlu la aku nak tebal muka suruh mamat cabarette ni bayarkan.

" Woi , tak hingin aku nak jadikan kau laki aku ! ha ha ha. Tu mak cik tukang sapu sampah tu sesuai sangat dengan kau. Kau nak bayar ke tak nak ni ? tak nak tak apa , aku boleh bayar sendiri , hmm hancur la impian aku nak menabung " Lin membuat suara sebak.

Lin ni kalau bab buat ayat pasrah memang champion la.

' Minah ni kalau tak buat ayat pasrah sehari memang tak sah kan ? argh ! tak apa tak apa , mungkin dengan sifat aku yang pemurah ni dia akan cair kot satu hari nanti. Chaiyok Izumi ! ' omel Izumi di dalam hati.

Melihat Izumi yang termenung, Lin terus menampar bahunya. " Woi ! termenung apa tu haa ? " soal Lin
" Termenung kau. Eh , tak tak , aku termenung duit aku ni haaa. Okay aku bayarkan " senyum Izumi.

Kemudian Yana menghampiri kami berdua.
" Hoi, habis dah drama cintan cintun korang ? Ha ha ha , sorry lambat , aku pergi toilet tadi " Tanya Yana. Sebenarnya Yana telah lama menyimpan rasa cinta terhadap Izumi. Kemesraan mereka sebentar tadi menyebabkan Yana ingin mengelak daripada berada berdekatan mereka berdua.

" Malam ni kau nak tak aku rogol kau ? cakap tu sedap sikit okay , bila masa aku buat drama cintan cintun dengan mamat cabarette ni ? " marah Lin. Lin pantang orang membuat lawak yang berkaitan dengannya.

" Tak nak , aku masih dara. Aku melawak je. sorry " jawab Yana sambil ketawa.

Izumi yang berada di situ sudah ketawa terbahak bahak melihat gelagat mereka.

" Kau gelak apa ha ? aku karate kau nanti ha ! " kata Lin sambil mengangkat kakinya dengan gaya ingin menendang.

" Ha ha ha , tak ade la , aku saje je gelak " jawab Izumi.

" Yana, aku lapar lah , kau teman la aku makan dulu then kau balik la " kata Lin.
Belum sempat Yana menjawab , Izumi lebih pantas memotong bicara mereka.
" Aku teman kau lah ye Lin , kau Yana boleh balik dulu " Kata Izumi. Hasrat Izumi di hati adalah ingin mengambil kesempatan untuk berdua-duaan dengan Lin.

"Tu Izumi nak teman kau , aku balik dulu ye , aku ada kerja sikit nak buat , chow dulu " Yana senyum hambar. Sempat Yana menitiskan air mata ketika berjalan keluar daripada Mid Valley kerana terguris dengan ayat Izumi.

" Woi , Izumi ! kau ni kan. Tak ada ayat yang lebih kasar plus mendalam lagi ke yang kau nak bagi dekat Yana tu ? " marah Lin.

Eh , apesal pula yang Lin ni nak marah aku ni ? aku cakap benda betul je , dah Yana tu nak balik , balik aje la , lagipun bukan senang nk berdua-duaan dengan kau sayang.

" Dah dia nak balik ,aku suruh aje la dia balik , kau tak suka ek aku teman kau ? " tanya Izumi.

" TAK ! " tinggi suara Lin. Orang yang berada di sekeliling memandang Lin.

" Tak suka ? okay la aku blah dulu " ucapnya tenang tapi kecewa.

Alamak! merajuk pulak mamat ni. Err tak boleh jadi ni, sapa nak teman aku makan ni kalau dia blah. Cis , nak suruh aku pujuk la tu.

"Alaa kau ni Izumi mimi syumi yummy yummy , merajuk aje kau ni , ala sorry okay ? " senyum Lin.

Cair hati aku ! kau ni boleh tahan comel ek. Suka sangat bila kau pujuk aku , untung aku kalau kau jadi teman wanitaku.

" Tau pun nk pujuk aku , tapi tak usah la kau panggil aku mimi syumi yummy yummy , Izumi dah la " jawab Izumi dengan riak muka yang ceria.

Kedua-duanya ketawa.

No comments: