Monday, October 3, 2011

' Sampai hati Izumi buat aku macam ni , tak patut dia halau aku macam tu ! Aku terasa bagai dipukul ombak oleh kata-katanya. Teruk kah aku ? Sampah kah aku ? kenapa dia layan aku macam ni ? ' kata Yana di dalam hati. Yana yang berada di dalam bilik asramanya sudah tidak dapat menahan airmata yang bertakung lalu mengalirkan airmata seperti air terjun yang berlimpahan, Yana menangis teresak-esak apabila terkenang apa yang Izumi telah lakukan tadi.

Tanpa disedari Yana , Lin telah memasuki bilik. Niat Lin untuk mengemparkan Yana terbantut apabila melihat sahabat karibnya sedang menangis teresak-esak.

" Woi Yana , kau kenapa ni ? Okay tak ? " sergah Lin.

Yana terkejut dengan kehadiran Lin terus mengelap airmatanya.

" Eh , bila kau sampai ? aku tak dengar kau ketuk pintu pun ? kau ni lain kali bagi salam dulu boleh tak ? " Yana mencuba untuk mengelak soalan Lin dengan menceriakan suaranya.

' Ni mesti ada yang tak kena ni , Yana terasa ka dengan tindakan Izumi tadi ? aku tahu Izumi tadi tu agak melampau dengan Yana , aduh ! apa aku nak buat ni , kalau bukan sebab aku yang terhegeh-hegeh kelaparan macam serigala ni mesti tak akan jadi macam ni kan ? ' gelisah Lin berkata di dalam hati.

"Kau jangan la nak elak daripada soalan aku tu. Cuba kau cakap dengan aku, what is your problem ? mungkin aku boleh tolong kau ? entah-entah kau terasa dengan tindakan Izumi tadi ? " prihatin Lin bertanya.

' Eh , tahu tahu je fasal Izumi lah yang buat aku menangis ni , kau memang kawan dunia akhirat aku la Lin ' omel Yana.

"Tak la , aku rindu ibubapa aku , kau tak balik kampung ? " segera Yana menukar topik.

Aku tahu Yana mesti terasa dengan Izumi. Tak apa la kalau Yana tak nak cerita. Eh suspicious la aku , kenapa setiap kali aku dengan Izumi Yana mesti menghilang ? cemburu la kot ? tapi kenapa Yana nak cemburu ? Entah-entah Yana ada hati dekat Izumi la kot he he he.

Soalan Yana menyebabkan air muka Lin terus berubah menjadi muram.

"Kau tahu kan kondisi wang aku macam mana ? aku rindu sangat dekat diorang tapi aku tak ada duit nak balik. Macam mana la agaknya mak dan adik aku di kampung ? " sayu suara Lin.

Lin dapat meneruskan pengajiannya di UiTM melalui duit yang telah disimpan oleh arwah ayahnya.Setelah kematian ayahnya , hidup mereka bertambah susah sehingga Lin terpaksa mencari kerja sambilan.

"Kau boleh pinjam duit aku " senyum Yana tanda prihatin.

" Tak ape lah , aku tak nak susahkan kau , kau simpan la ek ? " Lin mencuba untuk senyum.

" Lin , kau kawan aku , tak salah kan untuk aku tolong kau ? kau balik la kampung okay ? Nah kau ambil duit ni , tak perlu bayar balik " senyum Yana sambil menghulurkan wang kepada Lin.

Lin begitu terharu dengan kebaikkan kawannya.

" Terima kasih Yana , aku janji nanti bila aku dah ada duit aku bayar okay ? Aku nak bayar juga walaupun kau suruh ambil terus. " senyum ceria oleh Lin.

Yana yang mengetahui perwatakan Lin tidak mampu untuk berkata apa-apa kerana jika ditolak permintaan Lin , pasti Lin tidak akan menerima duitnya.

"Sama-sama " senyum Yana.


No comments: