Semasa berada di Klinik Ceria.
Ceria sungguh klinik ni he he he.Tak pernah pulak aku datang ke klinik ni. Mesti la aku tak pernah , antibodi aku kan kuat.Ish! tak pasal aku kena teman mamat jebon ni ke klinik.Macam la dia tak boleh pergi sendiri.Tak apa lah , lagi pun memang salah aku pun.
Lambatnya nak tunggu giliran, rasa macam nak tidur pun ada.Yang jebon ni dok usya aku apehal ? aku tahu la aku comel pun tapi tak usah la tengok aku semacam aje , macam nak terkam aku pun ada. Susah juga jadi budak comel ni kan ? he he he. Perasan pulak aku.
" Kau... " belum sempat Farriel ingin bertanya nama Lin , dia telah dipanggil untuk berjumpa dengan doktor.Lantas dia mengajak Lin mengikutinya.
" Eh , kau jumpa la doktor tu sendiri , kenapa nak ajak aku pulak ? tak hingin aku nak teman kau " cebik Lin sambil berpeluk tubuh.
"Teman aje lah ! " kata Farriel.Kuat.
" Ya la aku teman kau " Lin memuncungkan mulutnya tanda bebal.
Nak jumpa doktor pun kena berteman ke ? Manjanya. Teman aje la daripada asyik bertekak aje dengan dia.
" Assalamualaikum doktor " Farriel memberi salam memandangkan doktor tersebut Islam.
" Waalaikumusalam , ya sakit apa ? " tanya doktor.
" Err.." Farriel berasa segan ingin menyatakan hal sebenar lalu Lin memotong kata Farriel.
" Tu anu dia kena air panas. Ha ha ha " Lin ketawa kuat.
Padan muka kau ! Ha ha ha. Mesti malu kan aku cakap macam tu dekat doktor ? Hambek kau!Cari pasal lagi dengan aku , ha terima la padahnya.
Merah muka Farriel selepas Lin menyatakan hal tersebut kepada doktor. Kau ni minah! mulut tu bukan tahu nak zip. Malu giler weh!
" 15 tahun saya bekerja , tak pernah lagi dapat kes macam ni " Doktor turut ketawa.
" Adik ni isteri dia ka ? macam mana boleh jadi macam ni ? " sambung doktor.
Farriel mendapat idea yang nakal untuk mengenakan Lin.
"A'ah dia isteri saya , dia la yang tumpahkan air panas tu doktor, baru ingat nak mandi sekali aje time tu tengok-tengok spoil sebab air panas tertumpah " jawab selamba oleh Farriel sambil mengenyitkan mata ke arah Lin.
Kurang ajar punya jebon ! Eh sial la mamat ni , tak tahu malu langsung ! bila masa pulak aku jadi isteri dia ni ? Nasib dekat klinik , kalau tak dah lama aku buka silat tujuh keturunan aku ! Argh ! tak guna punya jebon. Siap la kau nanti aku kerjakan ! Harap muka aje handsome tapi perangai kalah jebon nusantara !
Lin hanya tunduk malu. Lin sempat memberikan jelingan tajam ke arah Farriel , tanda dia sangat marah akan tindakan Farriel.
" Kalau macam tu , balik nanti suruh isteri tolong sapukan krim ni dekat alat sulit tu. " Doktor tersebut ketawa sambil menggelengkan kepala.
Hisy ! gatal betul doktor ni , sama saja dua ekor ni , kang aku buka juga silat aku dekat klinik ni.
Merah betul muka Lin menahan marah yang membuak-buak.
" Okay semestinya saya suruh dia yang tolong sapukan " Farriel tersenyum nakal. Doktor tersebut turut ketawa.
Mereka berdua beredar daripada bilik doktor.
No comments:
Post a Comment