Keadaan sesak di Pudu Raya Sentral Kuala Lumpur menyebabkan kesukaran untuk Lin berjalan menuju ke kaunter membeli tiket.
' Hishh! panjang betul nak kena beratur, kalau tidur agak-agak sempat tak ? he he. Eh tak boleh! nanti tiket habis ' Lin mengomel di dalam hati sambil menghirup kopi panas untuk menghilangkan rasa bosan menunggu.
Giliran Lin untuk membeli tiket.
" Maaf dik , tiket sudah habis dijual. " jawab tenang oleh penjual tiket.
" Habis ? tak akan kot ? cer check cer check. Mana boleh macam ni kak , penat aje saya beratur. Tak kira, kak kena jual jugak tiket dekat saya ! saya nak balik kampung ! " suara tidak puas hati oleh Lin sambil mencekak pinggang.
"Adik , kak minta maaf sangat-sangat tapi adik kena terima kenyataan bahawa tiket sudah habis dijual. " sekali lagi penjual tiket tersebut cuba menenangkan Lin.
" Tak apa lah kak, terima kasih " Lin senyum hambar.
Dalam perjalanan pulang ke hostel, Lin menjerit geram.
" Argh ! aku sudah la lama tak balik kampung , time nak balik kampung ni la tiket nak habis , geramnya aku ! kalau la aku beratur awal tadi mesti aku dah boleh balik kampung." geram Lin. Tanpa disengajakan , Lin telah menumpahkan kopinya yang panas itu tepat ke arah seluar lelaki tersebut. Lelaki tersebut adalah Farriel.
"Aduh ! panasnya ! Eh kau ni buta ke apa ? kau tak nampak ka aku dekat sini ? Lain kali jalan tu guna mata ! Kalau ye pun nak tumpahkan air , jangan la dekat sini ! " marah Farriel sambil memegang alat sulitnya yang sakit akibat terkena air kopi yang panas.
" Woi ! yang kau jalan tepi aku apehal ? Kau tu lain kali jangan jalan cepat sangat , slow slow la weh , mana aku nak nampak kau jalan kat tepi aku , aku tak sengaja la bro , kau ingat aku nak sangat ke tumpahkan air kopi aku yang delicious ni dekat kau punya tutt ! " Lin cuba menegakkan kebenaran walaupun ternyata Lin yang salah.
' aduh! macam mana boleh tertumpah ni , dah la mamat ni handsome! eh jangan terpedaya dengan muka dia sebab dia baru aje tengking aku depan orang ramai. Argh! siapa suruh dia jalan tepi aku , nasiblah. Lagi satu , kenapa dekat situ jugak air ni nak tumpah ? tumpah la dekat baju ke tempat lain ke , ni dekat situ , mesti dia malu kan ? Ha ha ha ' omel Lin sambil ketawa sehingga Farriel perasan yang Lin sedang ketawakannya.
" Woi minah, kau jangan gelakkan aku boleh ? Kau ingat aku hadap sangat ke nak jalan tepi kau ? kau ingat jalan mak bapak kau ke sampai kau seorang aje yang boleh lalu jalan ni ? " tengking Farriel.
' Minah ni memang sengaja nak buat aku naik darah. Rasa macam nak bagi penampar aje. Nasib muka kau lawa ! Cair aku ' omel Farriel
Lin tersedar bahawa dia agak keterlaluan. Sememangnya semua itu salahnya tapi Lin seorang yang tidak mudah kalah.Dia sentiasa ingin menang tidak kira salahnya atau tak, tapi untuk kes ini, dia terpaksa mengalah kerana terbukti dengan jelas ianya adalah kesalahannya.
" Okay salah aku , kau nak aku buat apa ? check kau punya tutt ke ? " Lin ketawa terbahak-bahak.
" Gatal kau ni ! aku nak kau tanggung kos perubatan aku ! kau ikut aku ke klinik sekarang jugak ! " marah Farriel.
Farriel menarik tangan Lin. " Woi ! kau tau tak haram pegang tangan yang masih bukan muhrim ? Aku sepak tiga rasa nanti baru kau tahu ! Lepas la jebon ! " tempik Lin sambil menarik tangannya dengan kasar.
" Jebon kau panggil aku ? kau tahu tak aku ni siapa ! ? " tanya Farriel sambil menjegilkan anak matanya.
' Wah , cantiknya mata dia , alamak alamak hatiku sudah tertawan dengan matanya. Eh jangan merapu la Lin oi ! ' omel Lin
" Mana la aku nak tahu kau ni siapa. Kenapa ? kau lupa ek diri kau ni siapa ? Kau ada penyakit Alzhemier ke ? sekejap ingat sekejap lupa ? " Lin menjawab dengan riak muka selambar.
" Argh! meluat aku! skrg ikut aku ! " marah Farriel.
Lin mengikuti Farriel sambil berjalan dengan lenggang berpeluk tubuh.
" Kau punya kaki kena simen ke ? " tanya Farriel.
" Tak , kenapa ? " soal Lin yang terpinga-pinga
" Lembab sangat kau jalan , boleh jalan laju sikit tak ? Kalau soal tengking bukan main laju kau serang aku tanpa helmet , ni kalau soal jalan , lembab sangat macam kaki kena simen " sakat Farriel sambil ketawa kecil.
' Argh! mamat ni memang buat aku rasa macam nak kick his tutt aje , tak puas lagi kot dengan air kopi yang panas tu ? mamat ni memang cari fasal la dengan aku ! ' geram Lin omel di dalam hati.
" Kau ni kan ! ish ! meluat aku " Lin berjalan dengan lebih laju kehadapan.
Farriel yang berada di belakang Lin sudah ketawa selepas menyakat gadis yang brutal tapi comel itu.Mereka berdua berjalan kaki ke klinik kerana terdapat klinik yang berdekatan dan boleh menjimatkan duit kereta Farriel katanya.
No comments:
Post a Comment