Yana kelihatan anggun sekali dengan berbaju kurung. Kulitnya yang cerah memberikan keserian lagi apabila mengenakan baju kurung yang berwarna merah disertakan dengan corak bunga kecil berwarna pink. Baju kurung itu merupakan baju kurung yang pertama wujud di dalam hidupnya. Ibunya yang telah memberikan baju kurung tersebut pada hari pertama Yana masuk kuliah.Cantik sekali rupanya.
Izumi yang melihat Yana terpegun dengan kecantikkannya. Ini merupakan kali pertama Yana memakai baju kurung kerana sebelum ini dia hanya memakai pakaian yang menjolok mata sahaja. Terlopong mulut Izumi.
' Itu ke Yana yang aku kenal ? Cantiknya dia " hati kecil berbisik.
Suasana di kedai makan berdekatan kampus riuh sekali. Orang yang berada disekeliling sempat mengerling mata ke arah Yana. Cantik sangat agaknya.
Yana mengambil tempat di depan Izumi. Yana yang perasan Izumi asyik memandangnya lalu ditegur dengan memberi salam.
" Assalamualaikum, Izumi. " lemah lembut Yana memberi salam. Perwatakan Yana yang lemah lembut ini dikenali ramai. Walaupun pakaiannya sebelum ini jika dipandang orang , pasti akan mengatakan bahawa Yana seorang budak sosial tetapi budi bicaranya amat dihormati oleh semua orang.
" Waalaikumussalam. " Izumi menjawab acuh tak acuh. Dia teringat kembali misi utamanya untuk membuat Yana pergi daripada hidupnya dan Lin.
' Fokus Izumi , fokus ! Yana yang menyebabkan kau dan Lin begaduh ' bisikan suara di hati Izumi.
" Awak nak jumpa saya ke ? Ada apa ek ? " Yana membahasakan dirinya ' saya ' dan membahasakan Izumi ' awak '.
" Saya ? Awak ? Sejak bila kau panggil aku ' awak ' dan sejak bila kau gelarkan diri kau 'saya ' ? Tak payah saya awak. Kau aku sudah. Lagi pun aku nak jumpa kau sebab nak cakap tentang Lin. " senyum sinis oleh Izumi.
Riak muka Yana terus berubah. Mukanya tidak dapat digambarkan sama ada sedih atau kecewa dengan persoalan Izumi.
" Soal Lin ? Kenapa dengan Lin ? " suara mendatar Yana bertanya.
" Kau tak usah buat tak tahu. Kau cakap apa dekat Lin ha ? Kau buat apa dekat dia sampai dia serang aku ! Kau memang tak guna Yana ! " Tinggi suara Izumi. Marah betul Izumi.
"Aku tak tahu apa yang kau cakap ni. Aku tak cakap apa pun dekat Lin. " resah Yana. Tunduk sahaja mukanya kerana tidak berani untuk memandang Izumi yang sedang marah. Takut agaknya.
" Kau tak payah buat-buat tak tahu ! Kau suka aku ? " keras suara Izumi bertanya.
Yana diam. Tidak tahu untuk membalas apa. Airmata sahaja yang mampu dititiskan.
" Hoi betina ! aku tanya kau ni. Jawab la ! Kau tak payah nak menangis depan aku ! Meluat aku tengok muka kau ! Cepat jawab ! Kau suka aku ke ? " bulat mata Izumi. Merah muka menahan geram. Sahaja ditekankan ' betina ' untuk menyakitkan hati Yana.
' Betina dia panggil aku ? Sampai hati kau....'sebak hati Yana.
" Ya ,aku suka kau. Aku dah lama suka kan kau. Aku cintakan kau Izumi. Boleh tak kita cakap dekat tempat lain ? Orang tengok tu...aku malu la " Yana menangis teresak-esak. Malu kerana dipandang oleh mata-mata yang berada di sekelilingnya.
" Suka kan aku ? Ha ha ha " Izumi ketawa bagai hilang arah.
" Kau malu orang tengok ? Ha biar ! memang aku nak semua orang tengok kau ! Kau tu dah la huduh ! Ada hati nak sukakan aku ? Pergi mampus la ! Kau tu tak layak dengan aku! Disebabkan kau , aku dengan Lin bergaduh. Kawan jenis apa kau ni ! kau tu macam binatang ! tak ada hati perut langsung. Kau buat cerita apa ha dekat Lin sampai dia serang aku ? Lin suruh aku minta maaf dengan kau, tapi sayangnya sampai mati pun aku tak akan minta maaf dengan kau ! Aku benci kau la bodoh ! Aku nak kau pergi jauh daripada kehidupan kami ! kau tu bawa sial aje dekat aku ! " Jerkah Izumi yang serupa orang hilang akal.
" Sampai hati kau buat aku macam ni Izumi...Kau hina aku...Aku tak pernah pun buat cerita tentang kau dekat Lin. Baiklah kalau itu yang kau nak. Aku akan pergi jauh daripada kehidupan korang. " Yana menangis teresak-esak. Hatinya pedih setelah dihina oleh Izumi di depan khalayak ramai.
" Bagus ! okay , aku nak chow dulu ! Nak termuntah kalau duduk dengan kau. Meluat ! " Izumi mengambil langkah keluar daripada kedai makan. Tidak ada sekelumit rasa simpati pun terhadap Yana.
Yana yang berada di meja makan turut mengambil langkah keluar. Lemah lututnya apabila dihina sebegitu rupa oleh Izumi.
' Sampai hati dia buat macam ni dekat aku...Hina sangatkah aku ni dimata dia ? Dia panggil aku binatang...binatangkah aku ? Ya Allah , sedihnya hati aku ini. ' tidak sanggup menahan sebak dihati lalu dilimpahi dengan airmata yang mencurah tanpa henti.
Mata Yana kabur dengan airmata yang menutupi anak matanya. Pandangannya tidak jelas semasa ingin melintas jalan. Akhirnya Yana ditimpa kemalangan.