Friday, September 30, 2011

Bab 1

" LIPAS !! mak , tolong ! " jerit ketakutan oleh Fazlin a.k.a Lin yang berada di atas katil asramanya di UITM, Shah Alam. Haish macam mana la lipas ni boleh ada dekat sini, nak bagi penendang tiga rasa pun ada tapi malangnya aku takut la pulak he he he.

Jeritan oleh Lin menyebabkan Yana iaitu rakan sebiliknya melatah " opocot ! mak aku ada dekat kampung " ketelatahan Yana membuatkan Lin yang masih ketakutan ketawa terbahak bahak. "Kau ni Lin kalau tak bagi orang terkejut sehari memang tak sah kan ? yang kau terjerit terlolong ni kenapa ? dirasuk hantu ke ? eh lagi satu , aku bukan mak kau la , kau nak apa ? " soal Yana dgn suara sedikit keras bertalu talu.

Ish minah ni , mcm machine gun pula kalau bertanya tu." Err , kau boleh tolong aku halau lipas ni tak ? aku bkn takut beb , aku just geli " pinta Lin dengan muka gelinya sambil menunding jari ke arah lipas yg paling digeruninya.
" Muka je brutal tapi hati kau tu soft derr , lipas pun takut ke ? ha ha ha. " Yana ketawa terbahak bahak.
" Ish , kau nk tolong ke tak ni ? kalau kau ketawa sekali lagi , haa siapla kau rasa penampar tiga rasa aku ni " kata Lin. Wajah Yana dipandang dengan mencuka sekali.
"Haa okay la okay , mana lipas yang cantik macam rupa kau tu haa ? " jawab Yana dengan tawaan kecil di akhir kata.
" Tuuuuu tepi kau !!! cepat halau , jangan bunuh tapi halau je , aku tak nak tanggung dosa bunuh makhluk Tuhan. Kalau kau nak , kau bunuh aje la " kata Lin sambil menunding jari ke arah lipas yg berada berdekatan dengan Yana.

" Woi , hangout jom ? " tanya Lin kepada rakan-rakannya. Minta-minta diorang nak hangout , aku bosan teruk ni.
" Hangout ? ha jom , kesian pula aku tengok kau ni , muka macam bosan teruk aje " balas Izumi.Izumi merupakan kawan Lin sejak dari kampung lagi, keakraban mereka sentiasa mencetuskan cerita sensasi di kampus.Tapi semua itu tidak diendahkan oleh Izumi kecuali Lin.Izumisentiasa mengharapkan cerita sensasi itu menjadi kenyataan kerana Izumi telah lama menyimpan perasaan cintanya terhadap Lin.
" Yes ! Izumi dah on , kau pulak Yana ? Jom la pleasee " rayu Lin.
" Err , aku malas la nk keluar, korang keluar la dua orang " jawab malas oleh Yana
" Macam ni ke kawan ? hmm tak ape la , dah orang tu tak sudi lagi nak keluar dengan kita kan Izumi kan ? hmm " Lin membuat muka pasrah. Agak-agak termakan tak dengan ayat pasrah aku ni ? he he he.
" Ye laa , kau ni kesitu pulak. Okay la kita keluar , tapi kemana ? " soal Yana.
" Aku pun tak tahu actually. Ye la aku ni bukan nujum pak belalang. Korang fikir la kat mana kita nk hangout ni " jawab Lin dengan slamber.
" Cis ! bukan main excited ajak kita orang tapi tempat pun kau tak tahu lagi " kata Yana dengan suara meninggi sambil ketawa kecil.
" Aku tau dekat mana ! " jerit keriangan oleh Izumi.
" Mana ? " Seiringan Lin dan Yana bertanya.
" Dekat bilik aku " Izumi ketawa terbahak-bahak. Satu hinggapan tamparan diberikan oleh Lin dan Yana kepada Izumi

Haa kan dak kena tampar tiga rasa aku, buat loyar buruk lagi sekali siap kau Izumi.

" Aduhh! sakit woi " Izumi mengosok-gosok lengan yg baru ditampar oleh dua orang kawan baiknya.
" Padan muka ! haa senang je , kita pergi Mid Valley la " kata Lin
" Okayy ! Beres , JOM " jawab Izumi dan Yana.

Thursday, September 29, 2011

Cik Brutal Tapi Soft

Assalamualaikum , aku ingin menyampaikan hajat aku yang sudah lama terbuku di dalam hati aku ni. Wakluu ayat buku baku pulak aku ni, tadak la aku ni orang dpd kedah nk habaq mai, teringin nk buat novel tapi aku mana ada bakat nk bertype-type ni , setakat bakat merapu rapat tu ada la kan , ha la ayat aku tak superb like you all. Karangan BM aku pun once sekala ja nk dpt A, tapi takpa la , janji aku berani nk cuba, you all berani keww ? Haha. Aku ni bab-bab peribahasa ni mmg lingkup berderai la, bab terbalik ayat atau tersalah perkataan ni mmg kepakaran aku la. Aku nk buat novel ni bukan sebab apa , ini semua kes kemaruk cinta dgn novel. Hak alohh ! sebut sikit pasal nk buat novel , ramai la yg nak terkekeh dgn aku , terkekeh tu gelak la yee, stg tak phm pulak jenoh nk translate. Sat tau ka jenoh tu apa ? jenoh tu mcm susah la. Org Kedah ja phm , yeahh Kedah rocksss ! Dok cot cet cot cet lupa nk perkenalkan diri sendiri. Nama aku Nur Afini Syahiroh, maaf ye cannot habaq nama bapak takut kena sihir , ya la sekarang ni kan sihir dah makin maju mcm Facebook , sikit-sikit ubah gaya , mcm tu la sihir , dulu guna gambar la ni guna rambut , darah , nama dan banyak lagi la, nk terang panjang lebar pun aku mana arif bab sihir menyihir ni, I'm not a "dukun" YET. hahaha. Okay dah kenalkan diri kan, so lepas ni follow la ye , aku nk buat novel dgn tajuk " Cik Brutal Tapi Soft ". Novel yg bakal aku TERBITKAN a.k.a POST DLM BLOG ni ada sikit-sikit berkaitan dgn aku tapi tak banyak , 5 % ja yg serupa, yg lain tu aku ambil ilham dgn membaca novel-novel terkemuka yang lain. Okay see ya !